Slogan Sekolah
“Sentiasa Mencipta Kecemerlangan Baharu”
Berita Sekolah
Lawatan Pemantauan Pengurusan & Pengoperasian sekolah 3.0
Satu rombongan pemantauan pengurusan dan pengoperasian sekolah 3.0 telah hadir ke SMB hari ini, 4 Oktober 2021. Rombongan ini diketuai oleh Puan Zariana Abdullah dari BPSH KPM. Turut serta ialah En. Rozaimie Hanabi dari BPSH, Puan Roszaila Marjan, JPNS dan Encik...
Kunjungan Tuan Azmi bin Basir sempena program Sekolah Fokus SPM 2021
SMK Bahau dikunjungi rombongan Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Tuan Azmi bin Basir bersama rombongan. Lawatan ini adalah sebahagian daripada aktiviti Sekolah fokus SPM 2021. Semoga bimbingan dan sokongan tuan timbalan dapat membantu meningkatkan...
Lawatan Penandà Aras Unit Pembangunan Murid PPDJJ
SMB menerima kunjungan Unit Pembangunan Murid PPDJJ yang diketuai Tuan Aminuddin, Timb. PPD untuk lawatan penanda aras pengurusan HEM menggunakan aplikasi Google classroom. Seramai 8 pegawai hadir untuk sesi ini.
Makna singkatan S.M.K.B.N.S
Pengetua memperkenalkan makna singkatan SMKBNS bagi memberi halatuju sekolah. Beliau berharap semua warga sekolah dapat menjiwainya.
Kitaran Kualiti SMB
Tuan pengetua SMK Bahau telah memperkenalkan kitaran kualiti kerja SMB pada mesyuarat guru bilangan 1 2021 pada 12 Januari yang lalu. Ia merupakan penambahbaikan kepada konsep pengurusan PDCA.
Program Outreach SPM 2020
Satu program outreach yang mana guru-guru SMB mengadakan kelas bimbingan SPM bagi murid yang tinggal jauh dari sekolah. Program berlangsung selama 2 minggu dari 28 Disember 2020 hingga 7 Januari 2021. Kerjasama MPKK dan Penyelaras DUN Kg Jeram dan PIBG SMK Bahau...
Barisan Pentadbir

EN ANUAR TAHAR
PENGETUA
Sejarah Pentadbiran
Pada tahun 1987, En.Chong Chin Sang telah menggantikan En.Shamsudin sebagai pengetua sehingga tahun 1992. Kemudian En. Kwan Ken Kwek pula menerajui sekolah ini sehingga tahun 1997.Sekolah ini telah dinaiktaraf ke gred A pada tahun 1998. En.Othman Bin Daud menjadi pengetua selama 5 bulan kerana beliau dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Seremban/Port Dickson.
Pn.Salma Binti Mustafa menjadi pengetua sehingga 15 Disember 2000 dan digantikan oleh Pn Hjh. Naemah Binti Mohd Sahib sehingga 15 Ogos 2001. Selepas itu Tn. Hj. Adnan Bin Yasin berkhidmat sebagai pengetua sekolah ini sehingga 30 Disember 2004.
Pada tanggal 1Januari 2005, En.Cheah Lef Ngah pula mengambil alih teraju utama sekolah.Untuk jangkamasa 2 bulan selepas En.Cheah meninggalkan SMK Bahau untuk mengemudi SMK Desa Puteri, Pn. Hjh. Kamilah Binti Salleh mengambil alih tampuk jawatan pengetua. Sejak Pn Hjh. Kamilah berpindah ke SMK Teriang Hilir, jawatan pengetua disandang oleh En.Paramasivam a/l Manickam. Selepas En. Paramasivam bersara pada 31 Disember 2011, En.Vellan a/l Raman pula telah menjadi pengetua mulai 1 Januari 2012 sehingga 31 Ogos 2015. Beliau telah berpindah ke SMK Samsudin Nain, Rantau. Seterusnya SMK Bahau diterajui oleh En. Ab. Rahop b. Zakaria mulai 1 September 2015 sehinggalah November 2017. Encik Adli Teo Koon Leong mengambil alih tugas sebagai pengetua apabila En Abd Rahop berpindah ke SMK Dato Mansor pada 16 Oktober 2017. Seterusnya Encik Adli Teo telah bersara pada 12 April 2020.
SMK Bahau mulai diterajui oleh Encik Anuar bin Tahar pada tanggal 15 Mei 2020 sehingga kini.

PN LATIPAH MANSOR
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

EN ZAMRI BIN ISMAIL
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

EN LEE TECK SOON
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

PN ZARINA BINTI YUNUS
PENOLONG KANAN PPKI

PN Chuah Mooi mooi
GKMP BAHASA

Puan Nur Akmal binti Hassan
GKMP TEKNIK DAN VOKASIONAL

EN Abdul Rahman bin Abd Mutalib
GKMP SAINS & MATEMATIK

PN Sahailyaiza salni BT AB. JALIL
GKMP KEMANUSIAAN
Pautan Aplikasi
Logo Sekolah
Motto Sekolah
Berilmu, Berdisiplin dan Berbakti menjadi teras SMK Bahau daripada dahulu hingga kini.
Lambang Buku
bermakna memberi peluang pendidikan berterusan kepada semua murid.
Sembilan Jalur
Sembilan Jalur dengan 3 Warna –
Melambangkan sekolah yang terletak di Negeri Sembilan
Lambang Glob
Bulatan berbentuk glob melambangkan pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau ke arah pendidikan bertaraf dunia. Bahagian glob yang serupa antara atas dan bawah serta kiri dan kanan bermakna pendidikan seimbang yang akan diterapkan.
Lambang Buku
bermakna memberi peluang pendidikan berterusan kepada semua murid.
Warna Biru
biru di bulatan bermakna usaha menuntut ilmu tiada had sehingga ke langit biru di samping bermaksud keazaman dan istiqomah.

Warna Biru
Melambangkan mencintai sekolah
Warna Putih
Melambangkan ilmu
Tangan
Melambangkan pelajar-pelajar sekolah ini dapat menimba ilmu di sekolah dan mereka juga mempunyai perasaan mencintai negeri dan negara
Warna Kuning
Kuning pada Bulan Sabit dan Bintang – Ketaatan atau kepatuhan kepada Tuhan, Raja dan Negara.
Huruf
SMK – Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau – huruf berbentuk LED – ke arah pendidikan berteraskan ilmu. Berilmu, Berdisiplin dan Berbakti- moto sekolah yang mengutamakan produk berilmu, berdisiplin dan berbakti kepada negara, bangsa dan agama.
Lagu Sekolah
SMK BAHAU
Kami bercita-cita tinggi
berdisiplin berilmu berbakti
SMK Bahau tetap dicintai
Berusaha demi visi dan misi
Kami bercita-cita tinggi
Mencapai wawasan negara
Murni bersahsiah terpuji dan dihormati
Kejayaan pasti kekal abadi
Lirik & Note Lagu

Pada mulanya sekolah ini menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan St. Aidan di Bahau. Pentadbirannya adalah di bawah kelolaan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mansor. Pada 13 Mei 1982, pentadbiran sekolah telah diambilalih oleh En. Mohd Hamiyan Bin Abdul Hamid selaku pengetua pertama.
Pada peringkat awal penubuhan sekolah ini telah dibuka dengan 13 orang guru dan 315 orang pelajar tingkatan peralihan dan tingkatan 1.Pelajar-pelajar sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, Orang Asli dan India. Pelajar-pelajar sekolah ini datang dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil di ladang-ladang sekitar Bahau, Sekolah Kebangsaan St.Aidan, Sekolah Kebangsaan Rompin dan Sekolah Kebangsaan Tunku Muda Serting.
Pada 1 September 1982, sekolah ini telah berpindah ke bangunan yang terletak di Jalan Rompin. Sekolah ini dibina atas tapak seluas 15 ekar termasuk padang permainan. Dua aliran telah diperkenalkan pada awal tahun 1984 iaitu aliran perdagangan dan aliran teknik /sains rumahtangga. Pengetua pada masa itu ialah En.Shamsudin Bin Abdul Ghani.
Pada tahun 1993, sekali lagi wajah sekolah ini berubah apabila blok Kemahiran Hidup yang baru, Makmal Sains Tulen, dan bangunan Sains Pertanian dibina. Ini telah memudahkan warga sekolah terutamanya pelajar Aliran SainsTulen.
Visi & Misi Kami
MISI KPM
MISI SEKOLAH
VISI KPM
VISI SEKOLAH
Orang Pelajar
Tenaga Pengajar
Aliran Perdana
Kelas PPKI
SMK Bahau
Hubungi Kami
Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau
KM 13 Jalan Rompin, 72100 Bahau,
Negeri Sembilan Darul Khusus
+606-454 2549