Berita Sekolah
IKUTI BERITA SEKOLAH MELALUI ARKIB SEKOLAH DI BAWAHLawatan Penandà Aras Unit Pembangunan Murid PPDJJ
SMB menerima kunjungan Unit Pembangunan Murid PPDJJ yang diketuai Tuan Aminuddin, Timb. PPD untuk lawatan penanda aras pengurusan HEM menggunakan aplikasi Google classroom. Seramai 8 pegawai hadir untuk sesi ini.
Makna singkatan S.M.K.B.N.S
Pengetua memperkenalkan makna singkatan SMKBNS bagi memberi halatuju sekolah. Beliau berharap semua warga sekolah dapat menjiwainya.
Kitaran Kualiti SMB
Tuan pengetua SMK Bahau telah memperkenalkan kitaran kualiti kerja SMB pada mesyuarat guru bilangan 1 2021 pada 12 Januari yang lalu. Ia merupakan penambahbaikan kepada konsep pengurusan PDCA.
Program Outreach SPM 2020
Satu program outreach yang mana guru-guru SMB mengadakan kelas bimbingan SPM bagi murid yang tinggal jauh dari sekolah. Program berlangsung selama 2 minggu dari 28 Disember 2020 hingga 7 Januari 2021. Kerjasama MPKK dan Penyelaras DUN Kg Jeram dan PIBG SMK Bahau...
Selamat Tahun Baru 2021
Kami, barisan pentadbiran SMK Bahau mengalu-alukan kedatangan murid baharu untuk sesi 2021. Selamat kembali guru-guru SMB.
Sesi kunjung bantu PPDJJ
Satu rombongan dari PPD Jempol Jelebu seramai 15 pegawai yang diketuai Tuan Timbalan, Cik Norshahida telah datang ke SMK Bahau pada 30 September jam 2.30 petang. Sesi ini bertujuan membantu pihak sekolah merancang kecemerlangan SPM 2020.
Pengetua turun padang
Tuan pengetua bersama Puan Ruhila menjalankan bengkel teknik menjawab SPM bahasa Inggeris sebagai persediaan pelajar menghadapi peperiksaan percubaan pada 26 September di dewan Seri Utama.
14th International Malaysian Educational Technology Convention
Tuan pengetua, Encik Anuar Tahar, menyampaikan [email protected] address pada 22 September 2020 di konvensyen IMETC yang diadakan di BTPNS. Tajuk ucapan ialah M.A.S.K.E.D for the future.
Perasmian Dewan S.P
Sàtu majlis untuk merasmikan dewan S P telah diadakan pada 18 September 2020 oleh Yang berbahagia Tuan Pengarah JPNS Haji Md Fiah.
Penutupan Bulan Kebangsaan 2020
Satu majlis penutupan sambutan bulan kebangsaan 2020 telah diadakan pada 18 September (Jumaat). Majlis dirasmikan oleh Pengarah JPNS Tuan Haji Md Fiah bin Md Jidin. Turut hadir KPPD Jempol Jelebu, Tuan Haji Norhashim Othman.
Majlis Pelancaran Bendera Gergasi 2020
Satu majlis ringkas pelancaran bendeŕa gergasi SMB telah diadakan pada 11 September di gelanggang tenis. Majlis dilancarkan oĺeh tuan pengetua dan YDP Pibg.
Pelancaran Projek Bendera Gergasi
Projek Bendera Gergasi sempena sambutan bulan kebangsaan telah dimulakan oleh Tuan pengetua pada 7 September 2020 di dewan Seri Utama.